Tuesday, January 22, 2008

A poem 4 everyone

Di siang hari, ku dikaburi cahaya matahari yg nan jauh dari pandangan mataku,ku memerah benak fikranku,
Apakah yg terkandung di sebalik cahaya yg disinarkan oleh bebola api itu???
Tersemat di hatiku satu persoalan,adakah sebelum aku pergi jauh dari kampung halaman ni, aku akan temui jawapan kepada persoalan ku itu???

Di sebalik awan yg mengelubungi,
bumi yg ku cintai ini,
sekawan burung berterbangan melebarkan kayuhan sayap mereka itu..
seperti mereka yg diatas itu,
sedang memerhati perlakuan..
serta sandiwara manusia yg kian hari berubah...
Jam yg hanya tinggal serpihan sahaja...
membunyikan locengnya...
menandakan tiba petang dan senja,
ku dapat lihat cahaya menyinari rumahku yg tidak seberapa buatannya ini,

Keresahan di sanubariku ini kian pudar,
Mungkin kah ini nur dari YG MAHA KUASA!!!
17 tahun ku telah bermigrasi di bumi ni,
ku telah menguasai pelbagai budi bicara,
ku juga telah memahami lumrah kehidupan seorang manusia...

Kini di sanubariku ini,
terdapat satu tembok besar..
yg berperanan untuk menjauhi dari segala maksiat..
yg berlaku di alam sarwajagat ni,
ku juga telah memahami kerenah serta kemelut manusia yg lain..
Hidayah mu Ya Allah, adalah begitu besar..
Ku berkain pelekat, dan sentiasa ditemani sejadah yg sudah uzur ni,
Kendatipun, Engkau telah mengarahkan segala bala hamba mu untuk sentiasa bersederhana..
selagi ku diberi kekuatan, selagi itu YA ALLAH,
aku akan menyembah mu..
Nur hidayah mu amat digila2 kan oleh manusia lain,

Ku hanya bernasib baik mendapatNYa Ya RUBUBIYAH...
Ku menyusun lima jari...
bersumpah dan menyahut cabaran mu..
rintanganMU..
untuk terus mendapatkan cahaya mu itu..
Kini ku pinta dari mu,
Jadikanlah aku yg serba kepincangan untuk terus,
berjasa kepada mu Ya ALLAH..
Inilah yg digelar Nur..
bukan sebarang nur..
tetapi timbul dari perigi keihklasan sanubariku..
NUr Sanubariku....
Alhamdullilah..